Khamis, 16 Februari 2012

Pengenalan Kursus

Kursus Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer merupakan kursus major untuk pelajar Program Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah). Kursus ini bernilai 3 kredit dan dilaksanakan secara amali yang berjumlah 90 jam.


SINOPSIS

Kursus ini menjelaskan tentang Penggunaan Internet, Pemilihan Bahan Internet, Laman Web, dan Tapak Pembelajaran; Perpautan dalam Penyusunan Bahan, Perpautan Antara Bahan; Pengeditan Bahan Pengajaran secara On Line; Penggunaan Bahasa Melayu dalam Bahan Internet; Simulasi Pengajaran Bahasa Melayu secara Sidang Video; Penggunaan Alat Pengarangan; Animasi dalam Persembahan Bahan; dan Penggunaan CD Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.