Senarai Kandungan Kursus BMM3105




Program Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Bahasa Melayu Pendidikan Rendah)

Nama Kursus
Pengajaran Dan Pembelajaran  Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
IPGM
IPGM Kampus Keningau,Sabah
Kod Kursus
BMM 3105
Nama Pensyarah
Encik Sahidani Abd Dani
Kredit
3 (0 + 3)
Jam Interaksi
90 jam
Bahasa Pengantar
Bahasa Melayu
Semester
Ketiga
Hasil Pembelajaran                 

Menggunakan Internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
Memilih bahan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
M embina tapak pembelajaran yang mudah.
Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam Internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.

Sinopsis
Kursus ini menjelaskan penggunaan Internet, pemilihan bahan Internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara on  line; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan Internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.


Tajuk
Kandungan
Jam
1
Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
·         Menggunakan web, video, audio, dan imej
·         Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
·         Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog.


6
2
Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
·         Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video,  grafik dan teks.
·         Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.


6
3
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
·         Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet
·         Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan Internet dalam bentuk brosur dan Power Point
6
4
Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
·         Memilih bahan sastera
·         Memilih bahan tatabahasa
·         Memilih bahan bidang ilmu lain
6
5
Membina dan Menggunakan Tapak dan Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
·         Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·         Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
·         Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
6
6
Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
·         Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
·         Struktur Linear
·         Struktur Rangkaian
6
7
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
·         Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
·         Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak  pembelajaran.
6
8
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
·         Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
·         Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar  talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran 
6
9
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian
·         Melaksanakan pengeditan
·         Prosedur pengeditan
·         Prinsip pengeditan
6
10
Pengajaran dan Pembelajaran Secara Bilik Darjah Maya
·         Membentangkan hasil kerja antara institut
·         Melaksanakan interaksi antara pelbagai institut
6
11
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
·         Konferensi secara dalam talian
·         Mengadakan sidang video untuk mengajarkan kemahiran mendengar bertutur
·         Merakamkan perbualan
6
12
Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
·         Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
·         Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
3
13
Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
·         Menggunakan animasi perkataan dan objek Power Point
·         Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan  animasi daripada Internet
·         Memanipulasi animasi dalam persembahan
6
14
Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
·         Meneroka dan mengklasifikasikan cakera  padat
·         Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
·         Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
6
15
Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
·         Mengadakan seminar
·         Mengadakan pameran
6
JUMLAH
90


Penilaian
Kerja kursus                        100%
Peperiksaan Akhir               -
Rujukan Asas
Beatty, Ken. (2003). Teaching and Researching computer-assisted language learning.  London: Longman.
Rujukan Tambahan
Bull Susan. (1993).  Towards user system collaboration in the development of a student model for intelligent computer assisted language learning. Edinburg: Universtiy of Edinburg.
Bull Susan. (1994). Student modelling beyond domain knowledge.  Edinburg: University of Edinburg.
Hardisty, D., Windeatt, S., (1989) Call.  London: O.U.P.
Levy Micheal.  (1997).  Computer-assisted language learning: Context and Conceptualization.  Oxford:Oxford University Press.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan