Minggu 1


PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU

  • Menggunakan web, video, audio dan imej
  • Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran Bahasa Melayu
  • Menyimpan bahan dalam fail internet dan katalog internet.

1.     Menggunakan laman web.

Terdapat beberapa pembekal maklumat yang terdapat di internet seperti Yahoo, Google, MSN dan lain-lain. Yang selalu digunakan ialah Yahoo dan Google. Kesemua pembekal maklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks, dan grafik.
Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu menaipkan alamat internet. Selalunya, apabila pengguna mengklik ikon internet, maka pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi. Contoh alamat pembekal maklumat internet:


Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search. Untuk mendapatkan bahan video, klik pada perkataan video dan kemudian klik di dalam kotak pencari bahan yang hendak diperolehi daripada internet. Bahan video boleh juga didapati daripada Youtube dengan menaipkan www.youtube.com.
Taipkan video yang hendak digunakan di dalam kotak pencari. Setelah mendapatkan video yang diperlukan, anda perlu memuat turun video tersebut dengan menggunakan youtube downloader. Youtube down loader ini boleh dimuat turun secara percuma daripada internet. Setelah dimuat turun, gunakan youtube downloader ini untuk memuat turun bahan yang diperlukan.
Kesemua bahan yang dimuat turun daripada internet, hendaklah disaring terlebih dahulu sebelum digunakan di dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Guru perlu mengambil kira faktor agama, kepercayaan, adat resam, dan sensitiviti kaum sebelum menggunaan bahan yang diperoleh daripada internet.
Gunakan kotak pencari Yahoo! untuk mendapatkan bahan bunyi, teks, dan grafik. Simpan semua bahan berkenaan di dalam folder tajuk 1. Di dalam folder tajuk 1, buat folder audio, video, grafik, dan teks dan masukkan bahan yang berkenaan ke dalam folder yang berkaitan.

2. Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.

       Untuk mendapatkan bahan daripada internet, anda harus menaipkan perkara yang hendak diperolehi ke dalam kotak pencari. Sila lihat contoh di bawah.
      Setelah menaipkan perkara yang hendak diperolehi, sila klik Web search dan anda akan diberikan pilihan seperti yang berikut. Anda akan diberikan pilihan yang di dalamnya mengandungi perkataan “resepi” + “masakan”. Ini menjadikan pilihan anda menjadi terlalu banyak. Anda boleh mengurangkan pilihan anda dengan menggunakan tanda “ “ seperti “resepi masakan”. Dengan berbuat begini, anda akan mengurangkan penyenaraian anda.
      Setelah anda menemui apa yang diperlukan, anda perlu menyesuaikan isi kandungan yang berkenaan dengan hasil pembelajaran yang hendak dikuasai dalam sesuatu pengajaran. Pastikan anda sentiasa merujuk kepada sukatan pelajaran Bahasa Melayu untuk memastikan anda tidak terpesong daripada hasil pembelajaran yang telah dirancangkan melalui Rancangan Tahunan dan Rancangan Pengajaran Seminggu.

Sila gunakan perkataan dan frasa yang tepat untuk mendapatkan bahan seperti yang anda perlukan.

3.  Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

3.1  Alamat Internet

Untuk menympan bahan dengan menggunakan alamat internet, anda perlu mendapatkan halaman yang berkenaan terlebih dahulu. Lihat gambar rajah yang berikutnya.
Apabila telah menemui halaman yang berkaitan, sila klik kanan pada bahagian alamat tapak. Setelah diklik kanan, paparan arahan yang keluar dan sila klik copy.

Buka fail Word dan klik paste alamat tersebut ke atas fail yang berkenaan. Apabila ini dilakukan, alamat yang berkenaan akan dipindahkan ke dalam fail Word.

3.2   Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.

Bahan yang diperolehi daripada internet boleh disimpan dalam bentuk Alamat Internet dan katalog Internet. Sila lihat prosedur di bawah.

ALAMAT INTERNET

Buah- Buahan Tempatan    http://www.angelfire.com/tv2/fruit/

KATALOG INTERNET


1.
Tajuk
Bank soalan dan nota bahasa Melayu

URL

Sinopsis
Laman ini memuatkan contoh-contoh soalan dan nota bahasa Melayu

2.
Tajuk
Dunia Puisi

URL

Sinopsis
Laman ini mengandungi pelbagai contoh pantun untuk sekolah rendah

3.
Tajuk
Yang Indah Itu Bahasa

URL

Sinopsis
Laman ini memuatkan pelbagai contoh pantun mengikut kategori-kategori tertentu seperti pantun nasihat, pantun teka-teki dan lain-lain.

4.
Tajuk
Edu World

URL

Sinopsis
Laman ini mengandungi lembaran kerja serta latihan untuk mengajar murid pemulihan

5.
Tajuk
Bahasa Melayu Prasekolah

URL

Sinopsis
Laman ini adalah berkenaan bahan dan maklumat untuk murid prasekolah. Namun, ia boleh digunakan sebagai bahan pengajaran untuk murid-murid tahap 1.

6.
Tajuk
Animals sound library

URL

Sinopsis
Laman ini mengandungi bahan audio berkaitan bunyi-bunyi binatang yang boleh digunakan oleh guru untuk melaksanakan aktiviti pengamatan pendengaran.

7.
Tajuk
Tutor Utusan

URL

Sinopsis
Laman yang mengandungi nota-nota berkaitan tatabahasa, pemahaman, peribahasa, simpulan bahasa dan lain-lain sebagai rujukan kepada murid-murid sekolah rendah.

8.
Tajuk
Forum Mari Belajar

URL

Sinopsis
Portal ini membolehkan murid-murid berkongsi nota bahasa Melayu dan berbincang dengan pengguna internet yang lain.

9.
Tajuk
Analisis kesalahan tatabahasa

URL

Sinopsis
Laman ini amat bermanfaat kepada murid dalam memberi panduan penggunaan  tatabahasa yang betul.

10
Tajuk
Karangan UPSR

URL

Sinopsis
Pelbagai contoh karangan boleh diperolehi dari laman ini

11
Tajuk
Penjodoh bilangan

URL

Sinopsis
Menyenaraikan contoh-contoh penjodoh bilangan, cara penggunaannya serta soalan latihan.

12
Tajuk
Latih tubi.com

URL

Sinopsis
Latih tubi.com membolehkan pelajar menjawab soalan secara online. Soalan-soalan yang disediakan adalah bertepatan dengan format kertas soalan peperiksaan sebenar.

13
Tajuk
Bank soalan

URL

Sinopsis
Laman ini membolehkan pelajar merujuk dan menjawab soalan-soalan UPSR yang lepas serta soalan-soalan latihan yang lain.

14
Tajuk
Dewan Bahasa dan Pustaka

URL

Sinopsis
Laman web rasmi DBP ini membolehkan murid mengetahui pelbagai maklumat berkaitan DBP dan pendidikan.

15
Tajuk
Faktor kemalangan jalan raya

URL

Sinopsis
Laman ini menyatakan dan menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

16
Tajuk
Petua karangan penulisan

URL

Sinopsis
Laman ini memaparkan petua-petua atau tips penting dalam menghasilkan karangan.

17
Tajuk
Pengurusan kelas pemulihan

URL

Sinopsis
Link ini adalah berkenaan dengan panduan kepada para guru mengenai kaedah pengajaran untuk kelas pemulihan.

18
Tajuk
Bahan bantu mengajar

URL

Sinopsis
Link ini mengandungi contoh gambar-gambar bahan bantu mengajar yang boleh digunapakai oleh guru sekolah rendah khususnya kepada murid tahap satu.

19
Tajuk
Teacher’s department

URL

Sinopsis
Laman yang menunjukkan contoh bahan bantu mengajar untuk murid sekolah rendah.

20
Tajuk
Ayat dasar

URL

Sinopsis
Alamat ini mengandungi nota-nota ringkas berkenaan ayat dasar dalam bahasa Melayu.

21
Tajuk
RPH untuk pemulihan

URL

Sinopsis
Alamat ini adalah berkaitan dengan contoh RPH bagi mengajarkan murid pemulihan.

22
Tajuk
Masalah pembelajaran kanak-kanak

URL

Sinopsis
Laman ini membantu guru mengenalpasti dan mengetahui masalah pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak.

23
Tajuk
Video kanak-kanak

URL

Sinopsis
Laman ini mengandungi video yang dikhususkan untuk kanak-kanak.

24
Tajuk
Klinik bahasa Melayu UPSR

URL

Sinopsis
Laman ini mengandungi pelbagai contoh dan panduan penulisan karangan untuk murid yang bakal menghadapi UPSR.

25
Tajuk
Bank Soalan

URL

Sinopsis
Laman yang dihasilkan oleh pihak Sk Kampung Jawa, Klang. Laman ini meliputi bank Soalan termasuklah soalan peperiksaan, tatabahasa, dan lain-lain.

26
Tajuk
Cerdik. Net

URL

Sinopsis
Laman ini mengandungi topic-topik tertentu yang terkandung dalam subjek bahasa Melayu SR.

27
Tajuk
TATABM

URL

Sinopsis
Laman ini meliputi latihan-latihan berkenaan tatabahasa bahasa Melayu seperti golongan kata, imbuhan, penggandaan, ayat dan rumpai bahasa.

28
Tajuk
Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)

URL

Sinopsis
Alamat web ini menceritakan dengan jelas mengenai unsur-unsur dalam mengajar murid bermula daripada mengenal bunyi-bunyi huruf sehinggalah menulis ayat.

29
Tajuk
Pemarkahan karangan

URL

Sinopsis
Laman ini memberi panduan kepada guru tentang cara dan skema pemarkahan karangan khususnya skema pemarkahan standard yang digunakan dalam pemeriksaan karangan UPSR.

30
Tajuk
Koleksi soalan percubaaan UPSR & jawapan

URL

Sinopsis
Laman ini mengandungi soalan-soalan ramalan UPSR beserta jawapannya. Soalan-soalan tersebut bukan sahaja bagi subjek bahasa Melayu, tetapi juga subjek-subjek lain.

31
Tajuk
Koleksi percubaan UPSR bahasa Melayu

URL

Sinopsis
Laman ini memuatkan koleksi soalan percubaan UPSR bahasa Melayu dari seluruh negeri di Malaysia. Soalan yang disertakan bersama jawapan ini terdiri daripada soalan penulisan dan pemahaman.

32
Tajuk
Pantun teka-teki

URL

Sinopsis
Laman ini menyertakan beberapa rangkap pantun teka-teki untuk pengajaran kepada murid sekolah rendah.

33
Tajuk
Contoh RPH Tahun 1

URL

Sinopsis
Laman ini memuatkan contoh RPH untuk pengajaran bahasa Melayu Tahun 1 bertemakan pendidikan seni.

34
Tajuk
Belajar Membaca

URL

Sinopsis
Laman yang memuatkan buku-buku untuk mengajar bacaan kepada murid Tahap 1

35
Tajuk
Amalan Menabung

URL

Sinopsis
Laman ini adalah mengenai contoh karangan UPSR bertajuk “Kebaikan Amalan Menabung”.

36
Tajuk
Tatabahasa

URL

Sinopsis
Laman ini memuatkan panduan atau nota-nota berkaitan tatabahasa bahasa Melayu sekolah rendah seperti golongan kata, imbuhan, penjodoh bilangan, ayat serta panduan menulis karangan. 

37
Tajuk
Bahasa Melayu UPSR

URL

Sinopsis
Laman ini memuatkan kuiz bahasa Melayu untuk sekolah rendah khususnya murid yang akan mengambil ujian UPSR.

38
Tajuk
Huraian sukatan KSSR

URL

Sinopsis
Laman ini memuatkan huraian sukatan KSSR bagi sekolah rendah



                             

                                   



Tiada ulasan:

Catat Ulasan